Isnin, 26 Oktober 2009

Saudara baru Naza Kia


Kini NAZA KIA telah melangkah satu era baru permotoran di Malaysia yang akan merubah segala anggapan serong mengenai produk automobil yang di keluarkan sebelum ini. Namun ada juga yang menyokong segala usaha NAZA KIA selama ini walaupun pelbagai tomahan mengenai produk yang dikeluarkan.

Kini NAZA KIA akan memperkenalkan model-model baru yang menggunakan teknologi terkini , malah rekabentuk yang setanding dengan jenama dari jepun dan eropah. Antara model-model yang akan dilancarkan adalah seperti Picanto Morning, Forte, Sorento XM, Soul dan lain-lain lagi. Model pertama yang dilancarkan adalah Picanto Morning pada 28 okt 2009.